RAKAN Sarawak Destiny Movers
  • Home
  • About
  • Schedule
  • Speakers
  • Photo Gallery
  • Location
  • Press Release
  • Past RSDM Events
    • RSDM Miri 2026

RAKAN Sarawak Destiny Movers Meneruskan Momentum, Perluaskan Jangkauan Program dengan Pengisian Baharu

Posted on April 30, 2026 0

Kuching –30 April 2026 – Susulan kejayaan besar bengkel Rakan Sarawak Destiny Movers (RSDM) di Bintulu dan Miri, bengkel ini akan meneruskan momentum dan memperluaskan program. 

Siaran Media

Dengan setiap edisi, RSDM telah membuktikan bahawa kesedaran kesihatan mental, apabila digandingkan dengan kemahiran praktikal dan pembelajaran berasaskan pengalaman, dapat mengubah komuniti dan memperkasakan individu untuk menjadi “responden pertama” setiap hari dalam kesejahteraan mental.

Bengkel Bintulu (Unmask the Mind to Thrive and Flourish) telah menarik lebih 90 peserta dari sekolah, institut teknikal dan universiti, memupuk keyakinan dalam mengaplikasikan alatan seperti model ALEC (Ask, Listen, Encourage, Check-in), teknik pembumian dan literasi emosi. 

Di Miri, Bengkel HOPE memperkukuhkan momentum ini, dengan peserta memuji kejelasan, keterangkuman dan inspirasi fasilitator, sambil menyeru lebih banyak aktiviti interaktif dalam sesi akan datang.

Peluang yang tidak boleh dilepaskan 

Impak Terbukti: Tinjauan menunjukkan lebih 90% peserta mendapat keyakinan yang lebih kukuh, strategi mengatasi masalah yang praktikal dan motivasi untuk membina persekitaran yang selamat dari segi psikologi.

Komuniti Lebih Berdaya Tahan (Resilien): Peserta dilatih menjadi “first responders” komuniti iaitu individu yang mampu mengenal pasti tanda awal tekanan dan memberi sokongan sebelum intervensi profesional.

Inklusif dan Menarik: Bengkel menggabungkan penceritaan, refleksi berasaskan seni dan latihan interaktif seperti Flip the Script dan Safety Net Web, memastikan kerelevanan merentasi belia, keluarga dan profesional.

Sokongan Kuat Komuniti: Disokong oleh institusi tempatan, penaja dan fasilitator, RSDM mencerminkan komitmen kolektif Sarawak untuk menghapuskan stigma kesihatan mental.

Bengkel RSDM yang akan datang menjanjikan sesuatu yang menarik bagi memperhebatkan pencapaian ini dengan  menawarkan modul baharu, penerokaan topik sensitif yang lebih mendalam dan lebih banyak peluang untuk peserta berhubung, belajar dan memimpin.

Majalah RAKAN Sarawak Destiny Movers (RSDM) : Rakan Rujukan Utama Anda

Bagi melengkapi bengkel akan datang, Majalah RSDM akan diterbitkan bagi menyediakan pandangan yang merungkai mitos, alat bantu, ulasan buku dan temubual eksklusif perspektif orang pertama mengenai topik yang terdiri daripada neurodiversiti di tempat kerja hingga kebersihan digital dan kesihatan mental luar bandar. 

Majalah ini menjadi sumber rujukan berterusan untuk belia, keluarga dan komuniti dalam memastikan ilmu dan strategi yang dipelajari terus diamalkan selepas bengkel. 

Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada peserta bengkel RSDM yang seterusnya. Sama ada anda seorang pelajar, profesional atau ahli komuniti, ini adalah peluang anda untuk menimba kemahiran, berkongsi pengalaman, membangunkan kemahiran praktikal dan menyumbang kepada Sarawak yang lebih sihat  dan berdaya tahan (resilience).

Fakta Menarik

RSDM Bintulu- Unmask the Mind to Thrive and Flourish

Berdasarkan tinjauan kami, pihak kami mendapati 93% peserta mengakui kesihatan mental sama penting dengan kesihatan fizikal. Manakala 78% berjaya membezakan kesedihan biasa dan kesedihan rumit, satu kemahiran kritikal untuk intervensi awal.

Sejumlah 70% lebih yakin menyokong rakan yang mengalami tekanan emosi, manakala 67% bersedia menggunakan model ALEC (Ask, Listen, Encourage, Check-in) dalam situasi sebenar manakala 94% peserta menilai suasana bengkel sebagai selamat, inklusif dan penuh hormat.

RSDM Miri 2026 – HOPE Workshop

Hampir 100% peserta bersetuju bengkel ini perlu diteruskan pada masa hadapan. Sejumlah 62.5% menilai pengisian program sebagai sangat memuaskan, manakala selebihnya menilai memuaskan.

Peserta turut memuji fasilitator kerana cekap mengendalikan sesi, berinspirasi dan berjaya meningkatkan kesedaran kesihatan mental.

Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran, sila layari rsdm.faradalemedia.com atau hubungi:

Faradale Media-M Sdn Bhd

A509, Level 5, Tower A2,

ICOM Square, Jalan Pending,

93450 Kuching, Sarawak

Tel : 082-266808

Faks  : 082-266714

Emel : rsdm@faradalemedia.com

Laman Sesawang : rsdm.faradalemedia.com

RSDM Bintulu   Press Release

Recent News

  • RAKAN Sarawak Destiny Movers Continues Its Momentum, Expands Programme Reach with New Content
  • RAKAN Sarawak Destiny Movers Meneruskan Momentum, Perluaskan Jangkauan Program dengan Pengisian Baharu
  • RSDM Bintulu 2026 Cultivates Youth into Mental Health ‘First Responders’
  • RSDM Bintulu 2026 Memupuk Belia Menjadi ‘Responden Pertama’ Kesihatan Mental
  • RSDM ‘Unmask the Mind to Thrive and Flourish’: Behind the Scene
@ 2026 RAKAN Sarawak Destiny Movers by Faradale Media-M Sdn Bhd